Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak teruskan lagi cerita tentang lokasi menarik ketika TRIP KE LANGKAWI baru-baru ini. Memang banyak sebenarnya lokasi dan tempat yang kami lawati serta aktiviti yang kami lakukan. Untuk kali ini aku nak ceritakan tentang sebuah tarikan terbaru di Langkawi iaitu Lion Marine Langkawi!
Nak tahu apa itu Lion Marine, apa aktiviti menarik dan harga serta pakej yang ditawarkan, jangan lupa baca artikel ini sehingga penghujung ya! ✌
{tocify} $title={KANDUNGAN}
MENIKMATI KEINDAHAN TERSEMBUNYI DI LION MARINE, PULAU SINGA BESAR, LANGKAWI
Untuk maklumat, Pulau Singa besar merupakan antara pulau utama bagi gugusan kepulauan Langkawi. Terletak di bahagian selatan Pulau Langkawi dan disebelah barat Pulau Dayang Bunting. Jarak dari Pulau Singa Besar ini dari Kuah adalah dalam sekitar 17 kilometer sahaja.
SEJARAH PULAU SINGA BESAR
Mengikut legenda dan mitos, Pulau Singa Besar mendapat nama daripada penjaga pulau ini yang dikenali sebagai Mambang Sari, yang menghimpunkan singa di pulau ini untuk menjaganya. Mambang Sari sudah pastinya merupakan mitos dan cerita dongeng yang sama hebat dengan kisah Pulau Dayang Bunting. Pulau Singa Besar juga digandingkan bersama dengan pulau kecil diutara iaitu Pulau Singa Kecil. Antara pulau kecil lain di sekitar pulau ini adalah seperti Pulau Jong di sebelah timur Tanjung Pekula dan Pulau Chupak di sebelah tenggara Tanjung Genting.
LION MARINE LANGKAWI
Memang banyak port OOTD menarik di sekitar kawasan Lion Marine ini. Kami agak bertuah kerana tiba di waktu orang masih tidak ramai, jadi dapatlah bergambar sepuas-puasnya. Setelah beberapa minit berlalu, tiba pula sekumpulan yang agak besar, datang ke sini untuk melakukan aktiviti.
MAKAN BBQ !
SNORKELING !
Selesai makan dan berehat sebentar, tibalah masa untuk aktiviti seterusnya iaitu Snorkeling. Ya, Lion Marine juga menawarkan aktiviti snorkeling, yang mana pengunjung akan dibawa melihat antara batu karang yang terdapat di sekitar persisiran laut di sini.
APA YANG MENARIK DI LION MARINE !
Baiklah, setelah melakukan beberapa aktiviti di sini termasuklah termenung di tepi pantai melihat masa depan yang masih samar-samar, berikut adalah antara perkara yang aku rasa menarik di Lion Marine.
✅ Aktiviti Snorkeling
✅ Cafe
✅ Makan BBQ Enak Betul !
✅ Port OOTD
✅ Kemudahan Mandi / Tandas
✅ Privasi
Ya, fasiliti disini bagi aku agak lengkap. Terdapat sebuah kafe yang menjual minuman dan makanan kepada pengunjung dan harganya adalah berpatutan dengan lokasi di sini. Lagi menarik sebab kafe ini menerima pembayaran QR dan juga tunai. Mudah sebab ada orang yang tak bawa tunai ketika travel. (Aku lah tu)
Selain itu, terdapat juga tandas dan bilik air. Cuma mungkin boelh ditambah lagi bilangan tandas dan bilik air ini dan mungkin di'selesa' kan lagi untuk kegunaan pengunjung.
Lion Marine ini juga mementingkan kebersihan dan penjagaan kawasan sekitar pulau. Setiap hari sampah yang dihasilkan akan dibawa keluar dan dilupus di tempat lain. Pembakaran adalah tidak dibenarkan untu menjaga ekosistem dan sebagainya.
PAKEJ MENARIK DITAWARKAN LION MARINE AGENCY
Lion Marine Langkawi ini diuruskan oleh Lion Marine Agency dan pejabat mereka berada berdekatan dengan Jeti Teluk Baru. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan anda boleh lah meghubungi En Hisham bin Yen, Pengurus Besar Lion Marine Agency di +6012-434 8400.
PAKEJ A (RM65) & PAKEJ B (RM85)
🦁 Island Hopping at Lion Marine (Boat Island Tour)
🦁 Naik ke Tasik Dayang Bunting
🦁 Eagle Watching
🦁 Melawat Pulau Singa Kecil
🦁 Untuk pakej B, disediakan Snorkeling gear & Life Jacket
COMBO (RM130)
🦁 Naik ke Tasik Dayang Bunting
🦁 Eagle Watching
🦁 Melawat Pulau Singa Kecil
🦁 Lion Marine
🦁 Snorkeling & life jacket
🦁 Termasuk BBQ
PAKEJ PREMIUM (RM168)
🦁 Pulau Dayang Bunting
🦁 Echo Island, Pulau Selat Akar
🦁 Pirate Island, Kubang Laut
🦁 Fun Fishing (Ikan air laut) bawa ke Lion Marine Langkawi, untuk dimasak
🦁 Eagle Watching
🦁 Pulau Singa Kecil
🦁 Pulau Singa Besar
Untuk setiap pakej ini tiada jumlah minimum peserta dan semua pakej ini kebiasaannya mengambil masa sekitar 4 jam lebih dan untuk setiap hari terdapat dua trip sahaja. Melihat kepada aktiviti dan harga yang ditawarkan, memang sangat berpatutan ya!
LION MARINE LANGKAWI
LOKASI : Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi
HUBUNGI : +6012-434 8400 (En Hisham bin Yen)
WAKTU OPERASI : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lionmarinelangkawi/
QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024 sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.
QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02
Wow banyak sungguh aktiviti menarik! Kenangan sepanjang hayat ni!
ردحذف