Cerita Aidilfitri 2024 #TeamRayaKedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua rakan-rakan dan pembaca.

Sebenarnya agak lama juga aku biarkan blog ini bersawang, tiada artikel terbaru. Memandangkan aku memag agak sibuk dengan kerja dan juga persiapan menjelang Syawal. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan serba sedikit kisah aidilfitri 2024.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

CERITA AIDILFITRI 2024 #TEAMRAYAKEDAH

#1 RAMADAN

Alhamdulillah, untuk Ramadan kali ini sememenagnya sungguh bermakna. Berjaya berpuasa penuh dan juga melakukan amal ibadah sebaik yang mungkin. Untuk Ramadan kali ini juga boleh dikatakan aku sangat kurang ke Bazar Ramadan. Mungkin kerana faktor harga yang agak melampau dan juga aku menerima banyak undangan ke majlis berbuka puasa.


#2 MENJELANG SYAWAL

Sekitar seminggu sebelum Syawal menjelma, aku sudahpun pulang ke kampung di Kulim, Kedah. Agak awal sebenarnya, tetapi memandangkan kebanyakan kerja boleh dibuat di rumah sahaja, jadi aku pulang lebih awal.

Untuk perjalanan balik kampung kali ini aku menggunakan laluan yang agak berbeza berbanding sebelum-sebelum ini. Sebelum ini aku akan melalui Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Jalan Duta sehinggalah ke Seberang Jaya, dan kemudiannya Lebuhraya Butterworth-Kulim, tetapi kali ini sedikit berbeza ya.


Masih bermula di Jalan Duta, tetapi aku memasuki Lebuhraya LATAR dan kemudiannya menuju ke Kuala Selangor dan seterusnya memasuki Lebuhraya Pantai Barat dan keluar di persimpangan Changkat Jering, menuju terus ke Seberang Jaya dan Lebuhraya Butterworth - Kulim. 


Aku memulakan perjalanan selepas waktu sahur, alhamdulillah, perjalanan sangat lancar, cuma di sekitar kawasan utara negeri Selangor ada beberapa lampu isyarat serta kenderaan semakin banyak di jalan persekutuan. Apabila masuk sahaja ke WCE, memang sangat lancar dan pemandangan yang betul-betul cantik.


Perjalanan mengambil bermula jam 5.30 pagi dan alhamdulillah aku tiba di rumah ibu bapa aku sekitar jam 10.30 pagi. Alhamdulillah, dapat juga berbuka puasa bersama keluarga beberapa hari sebelum tibanya Syawal. 

#3 PERSIAPAN RAYA AIDILFITRI


Kepulangan seminggu awal pastinya adalah untuk membuat persiapan raya. Antara persiapan yang perlu adalah seperti baju raya baru, kuih raya, dan sebagainya. Untuk baju raya kali ini aku memakai baju melayu daripada JAKEL dan dibeli di cawangan Sungai Petani.


Oh ya, sempat juga kami sekeluarga berbuka puasa di luar iaitu di Bendang Steambot yang terletak di Tikam Batu, Kedah. 

Untuk kuih raya pula, beberapa kuih raya dihasilkan sendiri seperti kuih samprit, tart nenas, simpul kasih, biskut coklat cip, dan juga kuih siput. Bahan-bahan untuk membuat kuih dibeli TF Value Mart Sungai Petani. Untuk hidangan wajib seperti ketupat daun palas, rendang ayam dan kari daging juga beberapa barangan dibeli awal.


Kuih raya disiapkan dua hari sebelum raya manakala untuk hari sebelum raya adalah khas untuk ketupat dan rendang, serta membersihka rumah untuk menerima kunjungan tetamu. Beli belah terakhir pada malam raya pula dibuat untuk mencari dodol dan beberapa kuih raya lain.


#4 HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah, tibalah hari yang dinantikan iaitu hari raya aidilfitri. Selepas menunaikan solat sunat hari raya, tibalah masa untuk berhari raya bersama keluarga. Sempat bergambar beramai-ramai sebelum bermulanya ziarah hari raya ke rumah sanak saudara di sekitar daerah Kulim dan Pulau Pinang.


Untuk hari raya kedua pula, aku sekeluarga pulang ke kampung halaman sebelah bapa aku iaitu di Jitra, Kedah. Perjalanan untuk ke Jitra dari Kulim kebiasaannya mengambil masa 2 jam lebih tetapi kali ini hampir 5 jam barulah tiba di sana. Memang banyak kenderaan di lebuhraya. Selepas ke Jitra, dalam perjalanan balik kami singgah di Gurun juga untuk menziarahi keluarga ayah aku yang terletak di sana.

Hari raya ketiga pula mak aku buat mee kari untuk tetamu yang datang. Alhamdulilah, ramai yang datang dan laku mee karinya.

#5 ALHAMDULILLAH

Berakhirnya cuti bermakna aku perlu pulang ke Lembah Klang. Hampir dua minggu lebih juga sebenarnya aku berada di kampung halaman. Ketika rayalah, aku dapat bertemu sanak saudara yang jauh, bertanya khabar dan sebagainya. Hari-hari biasa boleh sahaja untuk berjumpa, tetapi pasti ada yang bekerja dan sebagainya. Selain hari raya, mungkin ketika kenduri kahwin juga boleh bertemu. 


Untuk hari raya aidilfitri kali ini aku sangat bersyukur kerana dapat beraya bersama keluarga aku. Alhamdulillah, walaupun jauh perjalanan balik kampung, tetapi semuanya dilupakan apabila sedar bahawa ada ahli keluarga yang menanti kepulangan.

Oleh itu, sekian sahaja kisah aidilfitri 2024. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Jumpa lagi di kisah aidilfitri tahun depan, in shaa Allah

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!