Konsert Siti Nurhaliza Cinta di Awan, Arena Of Stars, Resort World Genting Ogos ini!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

KONSERT SITI NURHALIZA CINTA DI AWAN, ARENA OF STARS, RESORT WORLD GENTING OGOS INI"


Penyanyi No 1 Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert 'Love Is In The Sky' pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) bertempat di Resorts World Genting.  Beliau yang baru sahaja selesai mengadakan konsert pada awal bulan Mac yang lalu bakal mengadakan konsert seterusnya pada bulan Ogos ini. 

Persembahan julung kali di Arena of Stars, Resorts World Genting akan menzahirkan konsep persembahan cinta setinggi awan yang pastinya mempunyai kelainan tersendiri. Persembahan kali ini sebagai satu medium untuk beliau membuktikan rasa cinta dan sayang beliau kepada para peminat.

Beliau mengumumkan tentang konsert ini menerusi hantaran di Instagramnya, yang berkonsepkan Cinta di Awan, bertempat di Arena Of Stars, Resort World Genting pada jam 8.30 malam.



Tiket konsert ini boleh dibeli bermula 25 April 2024 (Khamis) ini di  rwgenting.com & myticket.asia. Untuk maklumat,  Siti Nurhaliza sebelum ini telah mencipta rekod tersendiri apabila tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza telah habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja. 

Rata-rata peminat teruja menantikan hari pembelian tiket. Ramai juga yang risau sekiranya tidak berpeluang membeli tiket memandangkan tempat duduk yang agak terhad. Tak sabar menantikan konsep, tema, pakaian dan juga rangkaian lagu-lagu yang bakal dibawakan nanti!

SEKIAN


إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!