Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati tetapi sejauh mana persediaan kita yang masih hidup ini dalam menghadapinya. Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan keperluan dalam menjalankan tanggungjawab fardu kifayah ini.
Menyedari bahawa kurangnya pendedahan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap rumah, KAF Digital Media, mula mendapat inspirasi untuk memperluaskan produk jualannya.
Baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis pelancaran dan sidang media Edisi Khas Set Pengurusan Jenazah oleh KAF Digital Media. Majlis yang berlangsung di Bangi, Selangor ini dihadiri para tetamu dan juga pengamal media.
Set Kain Kafan Edisi Dato' Kazim Elias: Satu Rumah Satu Keperluan
Membawa tagline "satu rumah, satu keperluan", KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.
SET LENGKAP DENGAN 22 JENIS ITEM
Menariknya, set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi. la juga boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan.
Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com
KAF Digital Media juga membuka jualan secara OEM dimana jika terdapat mana mana pihak yang ingin membuat penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan menginfakan set pengurusan jenazah.
SEKIAN
Persediaan yang ramai terlupa untuk sediakan, allahu
ردحذف