Model Malaysia Memeriahkan Karpet merah Festival FIlem Cannes 2024

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera



(toc) #title=(Table of Content)

Model Malaysia, Sharwita bersinar di kalangan bintang-bintang ternama pada acara karpet merah antarabangsa


Kehebatan bakat dari Malaysia tidak dapat disangkal lagi dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih di peringkat antarabangsa dalam bidang hiburan dan fesyen. Model ternama Malaysia, Sharminidevi atau lebih dikenali sebagai Sharwita, telah banyak menyertai acara catwalk dan menghiasi halaman majalah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Sharwita membuktikan kehebatannya sebagai seorang model berbakat besar apabila dia berjalan untuk pentas catwalk Times Fashion Week tahun lepas dan terpilih sebagai model pembuka untuk pereka Riitu Kumar pada acara fesyen The Week yang diadakan di India pada tahun yang sama.

Sharwita telah mengukir lagi namanya dalam persada fesyen dan hiburan antarabangsa dengan penampilan di karpet merah Tayangan Perdana Hari ke-2 Festival Filem Cannes ke-77 untuk filem 'PIGEN MED NÅLEN' (THE GIRL WITH THE NEEDLE). Dia diraikan bersama-sama dengan selebriti dan bintang filem antarabangsa, antaranya Tessa Hoder, Besir Zeciri, Trine Dyrholm, Vic Carmen Sonne, Magnus von Horn, Malene Blenkov dan Mariusz Wlodarski. Sharwita adalah antara sebilangan kecil rakyat Malaysia yang setakat ini telah dijemput ke festival filem berprestij itu.


Model yang turut bergelar usahawan itu menyarungkan persalinan rekaan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Hatta Dolmat. Pakaian yang diilhamkan daripada kebaya kontemporari moden itu dipilih oleh Hatta untuk mewakili gaya moden dan sofistikated warisan budaya Malaysia. Gaun kelopak putih bertekstur itu mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan. Setiap 10,000 kelopak dalam pelbagai saiz dibentuk dengan teliti daripada fabrik. Fokus diberikan kepada bahagian atas pakaian di mana helaian kelopak disusun untuk mencipta efek 3D seperti bunga yang mekar. Pereka itu memilih warna gading/off-white sebagai simbolisme untuk 'segar' dan 'murni'.

Sharwita yang juga Pengarah Urusan untuk agensinya sendiri, Le Fashion Secret, melihat peluang ini sebagai cara untuk mewakili industri fesyen dan hiburan Malaysia dalam mempamerkan keunikan, keaslian dan kepelbagaiannya. Bekerjasama dengan D Production, sebuah syarikat filem Hollywood dan Perancis untuk penampilan karpet merah penuh gemilang ini, Sharwita menyasarkan untuk merapatkan jurang antara pertandingan ratu cantik antarabangsa, model profesional serta komuniti pelancongan fesyen dengan platform perfileman antarabangsa. Bukan itu sahaja, dia berharap kehadirannya sebagai rakyat Malaysia di Cannes tahun ini akan meninggalkan kesan mendalam buat arena hiburan antarabangsa.

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!