Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Alhamdulillah, perkongsian kali ini adalah mengenai Wirid dan Doa Selepas Solat. Pasti ramai yang ingin mempelajari wirid serta bacaan yang betul. Wirid merupakan bacaan beberapa ayat al-Quran yang boleh anda baca dan amalkan dan  ia mampu mendekatkan seseorang individu dengan agamanya.

Amalan ini sangat digalakkan untuk dilakukan selepas solat fardhu, terutama pada waktu pagi (Subuh) dan pada waktu petang (Asar). Hal ini demikian kerana, agak kurang elok, jika kita terus bangun dan beredar setelah selesai menunaikan solat.

Berikut dikongsikan kepada anda bacaan wirid dan doa yang boleh anda amalkan setelah anda selesai menunaikan solat fardhu. 

(toc) #title=(KANDUNGAN)

#1 APA ITU WIRID ?

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, wirid merupakan bacaan beberapa ayat al-Quran, yang digalakkan untuk di amalkan oleh umat Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Ia digalakkan untuk dibaca setelah kita selesai melaksanakan solat fardhu seperti solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Amalan ini amat digalakkan kerana ia mampu mendekatkan kita hamba dengan pencipta kita, Allah S.W.T.

#2 PANDUAN BACAAN WIRID BERSERTA MAKNA

Bagi anda yang ingin mempelajari wirid ringkas yang boleh anda bacakan setelah selesai melaksanakan solat fardhu anda boleh lihat pada panduan bacaan di bawah:

a) ISTIGHFAR *TIGA (3) KALI


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Astagfirullahal-‘Adzīm, Allāzī Lā Ilāha Illā Huwal-Ḥayyul-Qayyūm, Wa Atubu Ilaih

Makna: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

 b) LAFAZ PENGAKUAN TAUHID *TIGA (3) KALI


لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Syai-In Qadīr

Makna: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

c) LAFAZ MOHON DIJAUHKAN DARI AZAB API NERAKA *TIGA (3)/ TUJUH (7) KALI


اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ

Allāhumma Ajirnā Minan-Nār

Makna: Ya Allah, Jauhkanlah kami dari azab api neraka

d) LAFAZ ZIKIR MOHON KESELAMATAN


اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكت رَبنَا وَتَعَالَيْت يَا ذَا الْجلَال وَالْإِكْرَام

Allahumma Antas Salam wa minkas Salam wa ilayka yarji’us salam fahayyina Rabbana bis salam wa adkhilna daraka daras salam tabarakta Rabbana wa ta’alayta Ya Dhal Jalali wal Ikram

Makna: Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

e) LAFAZ TA’AWUZ


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

A‘ūDzu Billāhi Mina Ash-Shayṭānir-Rojīm

Makna: Aku mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.

f) BACAAN AL-FATIHAH

Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)


Lafaz Surah Dalam Rumi:

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Makna Surah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

g) AYAT 163 SURAH AL-BAQARAH


وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ ١٦٣

Wa ilāhukum ilāhuw Wāḥid, Lā ilāha illā Huwar-Raḥmānur-Raḥīm

Makna: Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 h) LAFAZ AYATUL KURSI


ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ

allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyụm, lā ta`khużuhụ sinatuw wa lā na`ụm, lahụ mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa’u ‘indahū illā bi`iżnih, ya’lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭụna bisyai`im min ‘ilmihī illā bimā syā`, wasi’a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya`ụduhụ ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm


Makna:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

i) AYAT 284 SURAH AL-BAQARAH

Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)


Lafaz Rumi:

Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Makna : Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannnya kepada kamu. Kemudian Ia akan mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

j) AYAT 285 SURAH AL-BAQARAH

Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Lafaz Rumi:

Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr

Makna : Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata); "Kami tidak membezakan antara seorang edngan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

k) AYAT 286 SURAH AL-BAQARAH

Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Lafaz Rumi:

Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn

Makna : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berikanlah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

l) AYAT 26 – 27 SURAH ALI IMRAN


قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ٢٦ تُولِجُ ٱلَّيْلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍۢ ٢٧

Qulillāhumma Mālikal-Mulki Tu’til-Mulka Man Tasyā’u Wa Tanzi‘Ul-Mulka Mim Man Tasyā’u Wa Tu‘Izzu Man Tasyā’u Wa Tużillu Man Tasyā’, Biyadikal-Khaīr, Innaka ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr.

Tūlijul-Laila Fin-Nahāri Wa Tūlijun-Nahāra Fil-Laili Wa Tukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Tukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Tarzuqu Man Tasyā’u Bigairi Ḥisāb

Makna ayat:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu .26.

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”. .27.


m) TIGA QUL

Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Bacaan Rumi: 

Qul Huwallahu Ahad (1)

Allahussomad (2)

Lam Yalid Walam Yuulad (3)

Walam Yakullahu Kufuwan Ahad (4)

Maksud Surah Al-Ikhlas: 

Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa (1)

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2)

Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3)

Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Serupa Dengan-Nya (4)


Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Bacaan Rumi:

Qul A’uuzu Birobbil Falaq (1)

Min Syarrimaa Kholaq (2)

Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob (3)

Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod (4)

Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad (5)

Makna Surah Al-Falaq:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah yang menciptakan sekalian makhluk (1)

Daripada Kejahatan MakhlukNya (2)

Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3)

Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)(4)

Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)


Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Bacaan Rumi:

Qul A’uuzu Birobbinnaas (1)

Malikinnaas (2)

Ilaahinnaas (3)

Min Syarril Waswaasil Khonnaas (4)

Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas (5)

Minal Jinnati Wannaas (6)

Makna Surah An-Nas:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah, Pemulihara sekalian manusia (1)

Yang Menguasai sekalian manusia (2)

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3)

Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (4)

Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5)

(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6)

n) BACA AL-FATIHAH SEKALI LAGI

Wirid dan Doa Selepas Solat (Bacaan Rumi)

Lafaz Surah Dalam Rumi:

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Makna Surah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

o) BACA TASBIH DI BAWAH:



Lafaz Rumi:

Ilāhī Yā Rabbī Subḥānallāh

Makna:

Ya Allah Ya Tuhanku Maha Suci Allah

p) BACA SUBHANALLAH *33 KALI


سبحان الله

Subhanallah

Maha Suci Allah

q) LAFAZ TAHMID


Lafaz Rumi:

Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada

Makna:

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

r) BACA ALHAMDULILLAH *33 KALI


ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

Alhamdulillah

Makna: Segala puji bagi Allah S.W.T

s) LAFAZ TAKBIR



Lafaz Rumi:

Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīna ‘Alā Kulli Ḥālin Wa Ni‘matin

Makna:

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

t) BACA ALLAHU AKBAR *33 KALI

الله أكبر

Makna: Allah Maha Besar

u) LAFAZ PELENGKAP TASBIH, TAHMID & TAKBIR



Lafaz Rumi:

Allāhu Akbar Kabīraw Wa Al-Ḥamdu Lillāhi Kathīraw Wa Subḥānallāhi Bukrataw Wa Aṣīlaa.

Lā Ilāha Illā Allāhu Waḥdahu Lā Sharīka Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr Wa Ilaihil-Maṣīr

Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm, Astaghfirullāhal-‘Aẓīm

Makna:

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah

#3 DOA - DOA SELEPAS SOLAT 

Setelah selesai melaksanakan wirid, anda juga boleh membaca doa-doa berikut:

a) LAFAZ DOA PERTAMA

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَـقَـبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَا مَنَا وَرُكُوْ عَنَا وَسُجُوْدَنَا وَقُعُوْدَنَا وَتَضَرُّ عَنَا وَتَخَشُّوْ عَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَ نَا يَا اَلله يَا رَبَّ الْعَا لَمِيْنَ

Allahumma Rabbana Taqqobbal minna solatana wa siayamana wa ruku ‘ana wa sujudana wa qu ‘udana wa tadhorru ‘ana wa takhoshu ‘ana wa ta ‘abbudana wa tammim tagsirona ya Allah Ya rabbal alamin.

Makna: Ya Allah, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, duduk kami, kerendahdirian kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama ini, tuhan sekalian alam.

b) LAFAZ DOA KEDUA

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

Rabbanaa zalamnaaa anfusanaa wa illam taghfir lanaa wa tarhamnaa lanakoonanna minal khaasireen.

Makna: “Mereka berkata, Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim kepada diri-diri kami. Dan jika Engkau tidak memberi keampunan kepada kami dan merahmati kami, kami sesungguhnya menjadi termasuk dari golongan orang-orang yang rugi.” 

Surah Al-A’raf: ayat 23

c) LAFAZ DOA KETIGA

رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا

Robbana wala tahmil alaina ishron kamaa hamaltahu alalladzi namin qoblina

Makna: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.”

d) LAFAZ DOA KEEMPAT

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar

Makna: “Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201)

#4 ZIKIR MUDAH SELEPAS SOLAT 

Bagi anda yang tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan bacaan wirid, anda juga boleh melakukan zikir ringkas di bawah selepas selesai menunaikan solat fardhu:
  • SubhanAllah ( سبحان الله)
  • Alhamdulillah ( الحمد لله)
  • AllahuAkbar (الله أكبر )
  • Lailahaillallah ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ)

* Boleh diulang sebanyak 11 kali, 33 kali ATAU 100 kali, mengikut kemampuan anda.

SEKIAN



RUJUKAN :

wirid
doa selepas solat

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!