Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mpox (dahulu dikenali sebagai “monkey pox”) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus cacar monyet. Mpox biasanya menyebabkan sakit ringan disertai ruam. Virus cacar monyet bukanlah virus baharu. Cacar monyet ialah penyakit zoonotik virus yang jarang berlaku yang disebabkan oleh genus Orthopoxvirus dalam keluarga Poxviridae. Ia berjangkit melalui sentuhan bersemuka dengan ruam, kudis atau cecair badan individu yang dijangkiti dan melalui sentuhan langsung dengan permukaan atau kain yang tercemar dengan virus.
In shaa Allh dalam artikel kali ini adalah perkongsian serba lengkap tentang apa itu monkeypox (mpox). Selamat membaca ☺
GEJALA & SIMPTOM MPOX
Gejala mpox boleh terjadi sehingga 21 hari selepas sentuhan dengan orang yang dijangkiti.
Gejala ini termasuk ruam yang boleh menyakitkan, dan menjejas mana-mana bahagian tubuh termasuk:
- alat kelamin
- bahagian sekitar dubur dan punggung
- dalam mulut
- muka
- tangan dan lengan
- kaki, betis dan paha.
Ruam mungkin termasuk vesikel (seperti lepuh), pustul (bisul), jerawat atau ulser. Bilangan lesion juga tidak tertentu. Ruam mungkin berubah dan melalui pelbagai peringkat, seperti cacar air, sebelum akhirnya menjadi keruping yang tanggal sendiri.
Gejala lain yang boleh berlaku sebelum atau bersama ruam termasuk:
- demam
- seram sejuk
- sakit otot
- bengkak nodus limfa
- keletihan
- sakit kepala
- sakit tekak
- pedih di dubur dan rektum
- pedih semasa buang air kecil.
Gejala boleh menyerupai jangkitan seksual (sakit kelamin) seperti herpes atau sifilis, serta penyakit lain yang disertai ruam seperti campak atau cacar air.
Kebanyakan orang mengalami sakit ringan dan sembuh dalam masa beberapa minggu, tetapi ada yang mungkin sakit teruk dan perlu rawatan di hospital.
Kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang lemah sistem imun dianggap lebih tinggi risiko menghidap sakit teruk.
✅ BACA JUGA 👉 PETUA HILANGKAN SELESEMA DENGAN CEPAT DAN SENANG
PUNCA MPOX MEREBAK ?
Ia biasanya tersebar melalui kontak rapat dengan haiwan atau orang yang positif cacar monyet. Ianya merebak melalu:
- Kulit merekah (iaitu gigitan dan calar)
- Darah
- Cecair badan
- Kudis
Sementara itu, adalah kurang biasa bagi cacar monyet untuk merebak dari orang ke orang. Ini hanya berlaku jika anda bersentuhan langsung dengan ruam, kudis, cecair badan atau dalam situasi yang rapat dan intim dengan orang yang dijangkiti seperti mencium atau memeluk berpanjangan. Bahan yang tercemar seperti pakaian dan peralatan tempat tidur mungkin menjadi sumber penghantaran yang berpotensi juga.
BAGAIMANA MPOX DISEBARKAN?
Virus cacar monyet disebarkan melalui:
- Mpox tidak mudah merebak antara manusia. Penyakit ini biasanya merebak dari orang ke orang melalui sentuhan fizikal atau intim berpanjangan dengan penghidap mpox, terutama pada ruam, lesion, kudis atau keruping kulit.
- Mpox juga boleh merebak melalui sentuhan dengan pakaian, cadar, selimut, bantal atau tuala yang dipakai orang yang dijangkiti, serta titisan pernafasan (batuk dan bersin).
- Mpox tidak merebak melalui sentuhan biasa.
GOLONGAN BERISIKO MPOX
Sesiapa yang mengalami sentuhan fizikal atau intim (kulit ke kulit) berpanjangan dengan penghidap mpox boleh dijangkiti.
Mereka yang paling berisiko ialah lelaki gay, biseksual dan lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki, mereka yang pergi ke negara yang mengalami wabak ini, serta yang berbilang pasangan seks atau menghadiri pesta besar-besaran atau tempat hubungan seks.
✅ BACA JUGA 👉 CARA PAKAI SUNSCREEN UNTUK LINDUNGI KULIT ANDA
PERKARA PATUT DILAKUKAN SEKIRANYA MENGALAMI GEJALA MPOX
Jika mengalami gejala, hubungi penyedia khidmat perubatan anda atau khidmat perubatan terdekat untuk mendapatkan nasihat. Pastikan apa-apa ruam, lesion, kudis atau keruping ditutup jika bertemu orang lain.
JIKA ANDA MENGHIDAP MPOX, ANDA PERLULAH :-
Mereka yang menghidap mpox patut elakkan pertemuan dengan orang lain, terutama kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang lemah sistem imun.
Elakkan sentuhan dengan haiwan termasuk haiwan kesayangan, disebabkan risiko penyebaran manusia ke haiwan.
Tunggu sehingga semua lesion kulit sembuh dan lapisan kulit baru terbentuk di bawahnya sebelum meneruskan aktiviti biasa. Buat temu janji susulan dengan doktor supaya anda dapat diberi penjelasan dan nasihat lanjut jika perlu, misalnya berapa lama memakai kondom semasa hubungan seks selepas sembuh.
ANDA KONTAK RAPAT PENGHIDAP MPOX?
Jika anda dikenal pasti sebagai kontak, awasi jika ada gejala. Ikuti garis panduan kesihatan awam dan saranan pegawai kesihatan pada sesuatu masa.
PENCEGAHAN MPOX
Elakkan sentuhan dengan orang yang disyaki atau disahkan dijangkiti mpox. Ini termasuk sentuhan dengan benda-benda yang mungkin tercemar, seperti cadar, selimut, bantal atau tuala.
Pertimbangkan untuk mengehadkan pasangan seks anda dan dapatkan butiran kontak mereka. Pertimbangkan untuk mengehadkan pasangan seks selama tiga minggu selepas pulang dari negara yang mengalami wabak mpox.
Jaga kebersihan, seperti mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan sanitiser beralkohol.
Jika anda belum divaksin, atau baru menerima satu dos, kemudian terdedah kepada penghidap mpox, dapatkan vaksin (sebaik-baiknya dalam tempoh empat hari selepas pendedahan) demi mengurangkan risiko dijangkiti mpox. Hubungi doktor atau klinik kesihatan seksual tentang mendapatkan vaksin.
✅ BACA JUGA 👉 PENYAKIT PSORIASIS : GEJALA, PUNCA & CARA MENGAWAL
RAWATAN MPOX
Kebanyakan orang biasanya mengalami sakit ringan lalu sembuh dalam masa beberapa minggu. Rawatan anti virus tersedia jika anda sakit teruk, oleh itu penting dapatkan ujian awal.
SEKIAN
RUJUKAN
- https://gleneagles.com.my/ms/health-digest/monkey-pox-cacar-monyet
- https://www.homage.com.my/ms/kesihatan/cacar-monyet/
- https://www.betterhealth.vic.gov.au/mpox-malay
- Google Image
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.