Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu Pada Tahun 2024

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu Pada Tahun 2024

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024
Kajian Melaporkan Peningkatan 113% penggunaan Shopee Live dan 65% Peningkatan Penjual Strim Langsung dari Pantai Timur


Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024. Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat.

“Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate, perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” 

kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Shopee Live telah muncul sebagai instrumen penting buat usahawan tempatan, dengan peningkatan 113% penjual baharu yang menjalankan penstriman langsung pada tahun 2024. Peningkatan ini menunjukkan kepentingan Shopee Live sebagai platform pilihan utama rakyat Malaysia untuk perdagangan secara langsung. Penjual tempatan mengiktiraf ciri interaktif Shopee Live yang memudahkan mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan lalu  membolehkan mereka membina hubungan yang lebih kukuh dan berkekalan. Kemudahan untuk menggunakan platform in dengan mekanisme maklum balas secara langsung terbukti penting untuk membantu perniagaan menonjol dalam pasaran yang kompetitif, mencipta hubungan bermakna dengan pelanggan, dan mencapai penonton dari seluruh negara. Penggunaan Shopee Live sebagai strategi perniagaan utama dapat dilihat dengan lebih daripada 1.4 juta penstriman langsung dijalankan oleh penjual tempatan dengan 27 juta komen unik dari pelanggan diterima pada tahun ini.

Petals Malaysia2, jenama penjagaan rambut dari Selangor menyertai Shopee pada tahun 2021 untuk menawarkan produk Buatan Malaysia lestari yang mesra wudhu’ dan disesuaikan dengan citarasa tempatan. Sebelum menyertai Shopee, kehadiran pasaran mereka terhad kepada kedai runcit. 

"Shopee memberikan akses luas kepada khalayak dalam talian dan dengan ketara memperluaskan jangkauan pasaran kami," 
kata Khairul Azman, Pengasas Petals Malaysia. 

"Shopee Live juga telah mengubah cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Melalui strim langsung, kami berinteraksi dan menjawab soalan mereka secara langsung, dan mempamerkan produk kami dengan lebih berkesan. Interaksi mudah dan pantas ini membina kepercayaan dan mendorong pembelian. Kami juga menggunakan ciri ‘polls’ dan sesi soal jawab untuk menggalakkan keterlibatan penonton, mengumpul maklum balas, dan mempertingkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan."

Petals telah menjual lebih 26,000 unit syampu pewarna rambut halal,  ‘Hair Color Shampoo’ yang menjadi produk terlaris mereka sejak tahun 2021.

Kajian ini juga mengetengahkan peningkatan sebanyak 65% penjual Shopee Live dari Pantai Timur yang mencerminkan kejayaan platform ini dalam membantu perniagaan tempatan meluaskan jangkauan mereka ke seluruh negara. Ini juga menunjukkan komitmen Shopee untuk membantu usahawan terutamanya dari kawasan luar bandar untuk berkembang dalam e-dagang. Penjual dari Pantai Timur menggunakan Shopee Live untuk membina kesetiaan jenama dan memperkasakan hubungan dengan pelanggan yang membantu platform ini mewujudkan lebih banyak peluang buat usahawan lain di seluruh Malaysia.

500 perusahaan tempatan cemerlang di Shopee telah mencapai purata pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 50% pada tahun 2024, menunjukkan keberkesanan platform ini dalam memacu perkembangan perniagaan. Kejayaan ini menyerlahkan kekuatan ekosistem Shopee dan peranannya dalam membantu penjual berinovasi dan berkembang. Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ juga menunjukkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan memajukan ekonomi digital. Shopee kekal menjadi rakan penting perniagaan tempatan, menawarkan alat dan perkhidmatan perniagaan untuk membantu penjual tempatan mencapai kejayaan baharu.


- Metodologi Kajian: Kajian “Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024” dijalankan oleh Shopee Malaysia dengan data platform terkini sehingga 31 Julai 2024.
- Petals Malaysia ialah perniagaan 100% Bumiputera dari Selangor dan merupakan pakar produk penjagaan rambut yang mesra Muslim. Produk Petals Malaysia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan HALVEC (Makmal Panel JAKIM).

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!