Shopee Memperkasa PMKS Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan Penyelesaian Logistik yang Lebih Mantap

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Shopee Memperkasa PMKS Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan Penyelesaian Logistik yang Lebih Mantap

Shopee Memperkasa PMKS Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan Penyelesaian Logistik yang Lebih Mantap

Program dan rangkaian logistik kukuh menghubungkan usahawan ke pasaran baharu di seluruh negara

Dengan landskap e-dagang Malaysia yang terus berkembang pesat, Shopee membantu penjual dari Pantai Timur (PT) dan Malaysia Timur (MT) menghubungkan diri dengan pelanggan di seluruh negara. Dengan 9 daripada 10 rakyat Malaysia lebih gemar membeli-belah dalam talian berbanding kedai fizikal, dan lebih daripada separuh telah mengamalkannya secara kekal, Shopee membantu penjual luar bandar mengatasi cabaran geografi dengan memberikan akses terus kepada berjuta-juta pembeli.

Perubahan ini amat penting kepada penjual di PT dan MT, di mana 30% daripada populasi tinggal tetapi cabaran logistik sebelum ini menghalang pertumbuhan mereka. Pada tahun 2023, pakar menganggarkan bahawa pasaran e-dagang Malaysia akan berkembang sebanyak 7% setiap tahun, mencecah RM 1.9 trilion pada tahun 2027 berbanding RM1.4 trilion pada tahun 2023. Lonjakan ini menekankan keperluan logistik yang cekap, terutamanya dalam menghubungkan penjual luar bandar dari PT dan MT dengan pembeli di kawasan bandar utama.

“Shopee komited untuk memperkasakan penjual dari setiap pelosok Malaysia. Bagi penjual di Pantai Timur dan Malaysia Timur, di mana geografi mungkin memainkan peranan dalam mengehadkan pertumbuhan mereka, kami telah mengurangkan masa penghantaran dengan ketara dengan bekerjasama dengan rakan logistik terkemuka. Ini membolehkan penjual kami memperluaskan capaian mereka dan menembusi pasaran baharu seperti Lembah Klang dengan lebih pantas daripada sebelumnya,” 
kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Mencipta Peluang Pertumbuhan Perniagaan dan Menyara Keluarga

Shopee Memperkasa PMKS Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan Penyelesaian Logistik yang Lebih Mantap

Bagi ramai penjual, Shopee bukan sekadar platform untuk mengembangkan perniagaan mereka – ia merupakan penyambung hayat yang telah mengubah hidup mereka. Siti Nur Nazifa Mazlan, seorang penjual dari Kota Bharu, Kelantan, mula berniaga di Shopee selepas kehilangan ibu bapanya. Sebagai penjaga utama adik-adiknya, pendapatannya melalui perniagaan dalam taliannya, CT Naz Empire Solution, telah membolehkan beliau menyara keluarganya sambil membina perniagaan yang berjaya.

“Shopee telah memberi saya peluang untuk menyara adik-adik saya tanpa perlu meninggalkan rumah. Saya boleh menjaga mereka sambil membina perniagaan. Ia telah mengubah hidup saya,” 

kata Siti.

Apa yang bermula sebagai keperluan kini telah berkembang menjadi kisah kejayaan. Dengan platform Shopee yang mudah digunakan, CT Naz Empire Solution kini melayani pelanggan dari seluruh Malaysia. Selain jaminan kewangan, Shopee telah memperkasakan beliau untuk berkembang sebagai usahawan. “Saya telah belajar banyak perkara – daripada mengambil gambar produk yang lebih baik kepada meningkatkan penyenaraian dan jualan,” tambahnya. Perjalanannya telah memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga, yang ramai antaranya kini mempertimbangkan untuk membuka kedai Shopee mereka sendiri.

Penghantaran pantas dan capaian luas melalui logistik yang lebih mantap

Keupayaan logistik Shopee yang lebih mantap telah menjadi pemacu utama kejayaan penjual di luar Lembah Klang. Dengan bekerjasama dengan penyedia logistik tempatan, Shopee telah memperkukuhkan perkhidmatan penghantarannya di seluruh Malaysia. Kerjasama ini telah meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan dengan penghantaran yang lebih pantas, lebih dipercayai, dan lebih cekap. Kini, pembeli di Lembah Klang boleh menjangkakan bungkusan mereka tiba dari Pantai Timur dalam masa dua hari atau kurang, dan dari Malaysia Timur dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas penjual menghantar pesanan mereka.

Shopee Memperkasa PMKS Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan Penyelesaian Logistik yang Lebih Mantap

Kecekapan yang dipertingkatkan ini telah membolehkan penjual seperti Muhammad Faizz, pemilik Keropok Mfaizz di Besut, Terengganu, mencapai pangkalan pelanggan yang lebih luas dan meningkatkan perniagaannya. 

“Keropok lekor kami kini sampai kepada pelanggan di Selangor dan Johor, sesuatu yang kami tidak pernah bayangkan akan berlaku tanpa Shopee. Dengan pertumbuhan perniagaan saya, sekarang saya dapat membina rumah sendiri dan menyediakan pekerjaan kepada 25 pekerja tempatan,” 
kata Muhammad Faizz.

Sejak menjual di Shopee, Faizz telah memenuhi lebih daripada 100,000 pesanan, dengan purata 100 pesanan setiap hari. Rangkaian logistik Shopee yang disokong oleh syarikat tempatan, telah membolehkan Faizz mengendalikan jumlah pesanan yang lebih besar sambil memastikan penghantaran tepat pada masanya di seluruh negara. 

“Shopee telah memberi saya kestabilan kewangan yang saya tidak dapat mencapai dengan hanya bergantung pada pelanggan tempatan. Kini, perniagaan kami berkembang pesat apabila kami menghantar ke seluruh negara,” 

tambah Faizz.

Shopee Memperkasa PMKS Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan Penyelesaian Logistik yang Lebih Mantap

Puan Hamidah, pemilik Sarawak Online Store, turut berkongsi kisah kejayaan yang serupa. Dengan 70% daripada pesanan beliau datang dari Malaysia Barat, rangkaian logistik Shopee telah membolehkan beliau berkembang jauh melangkaui pasaran tempatan. Pada musim puncak seperti Hari Guru, perniagaan Hamidah boleh menjana sehingga RM40,000 hasil jualan, kebanyakannya datang daripada pelanggan di Malaysia Barat.

“Sebelum Shopee, perniagaan saya hanya tertumpu di Sarawak. Kini, saya dapat mencapai pelanggan di seluruh negara, dan Shopee memastikan produk saya tiba dengan cepat, walaupun semasa tempoh permintaan tinggi,” 

kata Hamidah. Hasil daripada pertumbuhan perniagaan ini, beliau telah dapat menggaji tiga pekerja tetap, termasuk ibu tunggal dan anak yatim dari komuniti setempat di Kota Samarahan, Sarawak.

Perjalanannya dari perniagaan di rumah kepada kawasan pengeluaran kecil yang terletak tiga jam dari rumahnya telah direalisasikan dengan sokongan logistik Shopee. 

“Platform Shopee telah membolehkan saya mengembangkan perniagaan melangkaui rumah saya, membolehkan saya memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh negara,”

 tambah Hamidah.

Sebagai platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee terus berinovasi dan bekerjasama dengan rakan logistik utama untuk memastikan penghantaran lebih pantas dan lebih dipercayai bagi penjual dan pembeli di seluruh negara. Dengan Jaminan Tepat Waktu, Shopee menjanjikan penghantaran dilakukan tepat waktu dan menawarkan pampasan untuk kelewatan, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar. Dari membolehkan penjual luar bandar mencapai pasaran baharu kepada mengubah perniagaan tempatan menjadi kisah kejayaan di seluruh negara, Shopee kekal komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang untuk semua rakyat Malaysia, di mana sahaja mereka berada.

Tahun ini, dengan rangkaian logistik yang diperkukuhkan dan Jaminan Tepat Waktu, Shopee yakin membawakan nilai terbaik kepada pengguna sambil menyediakan sokongan logistik terbaik kepada penjual agar terus maju dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Ketahui lebih lanjut mengenai Jaminan Tepat Waktu Shopee di https://shopee.com.my/m/on-time-guarantee.

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!