Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena musim perayaan Krismas ini, Concorde Hotel Shah Alam berbesar hatinya meraikan anak-anak dari Good Samaritan Home dengan menganjurkan majlis CSR Christmas 2024. Sambutan penuh meriah ini telah diadakan di bilik majlis Grand Patio, Concorde Hotel Shah Alam.
"Concorde Hotel Shah Alam terus komited untuk menganjurkan acara tahunan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami kepada masyarakat"
ulas Puan Amilia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran, Concorde Hotel Shah Alam.
MAJLIS CSR CONCORDE HOTEL SHAH ALAM BERSAMA GOOD SAMARITAN HOME
Majlis dimeriahkan dengan lagu-lagu Krismas yang didendangkan oleh kugiran Batak 'Los Ganesha'. Selepas nyanyian, majlis diteruskan pula dengan pertandingan menghias kek mini dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari istimewa.
Semasa makan tengah hari, kanak-kanak dihiburkan oleh Encik Vincent Tan, seorang ahli silap mata dan juga seorang badut.
Cik Amilia Alias, Pengarah Jualan & Pemasaran, mengucapkan terima kasih kepada penaja bersama Cik Lilian Yeong dari Metro Travel & Tours dan Limosin bagi menyediakan kemudahan pengangkutan ke hotel.
Beliau seterusnya mengulas,
"Kami akan terus menganjurkan acara ini untuk tahun-tahun akan datang. Kami gembira kerana dapat menghibur dan melihat senyuman yang terukir di bibir kanak-kanak ini",
ulas Puan Amilia lagi.
MENGENAI GOOD SAMARITAN HOME
Good Samaritan Home telah ditubuhkan pada 1999 oleh Albert Ong dan YM Ong, bekas paderi dan isterinya,dimana ianya adalah sebuah rumah kebajikan berdaftar yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang terbiar dan didera. Puan Ong ialah penyelia rumah kepada seramai 18 penghuni perempuan dan 22 lelaki dengan 10 penjaga yang tinggal di rumah ini yang mana rata-ratanya berumur dari 4 tahun sehingga 21 tahun.
Majlis penuh keceriaan ini bukan sahaja menghidupkan semangat perayaan Krismas, tetapi juga menjadi bukti komitmen Concorde Hotel Shah Alam dalam menyumbang kepada masyarakat melalui tanggungjawab sosial korporatnya. Dengan senyuman dan kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak Good Samaritan Home, acara ini menjadi inspirasi untuk terus membawa harapan dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan, sekaligus mengukuhkan nilai kemanusiaan yang murni dalam semangat perayaan.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.