Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bulan puasa semakin menghampiri bermakna semakin banyak promosi buffet berbuka puasa menarik akan diadakan. Selain bazar ramadan, satu lagi yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah dengan berbuka di buffet ramadan. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu lokasi buffet berbuka puasa menarik iaitu di World Trade Centre Kuala Lumpur.
BUFFET RAMADAN 2025 : LAMAN TRADISI DI WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) meriahkan kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah dengan bufet istimewa bertemakan ‘Laman Tradisi’, yang akan berlangsung dari 7 hingga 28 Mac 2025, setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.
HIDANGAN BUFFET LAMAN TRADISI WTCKL
WTCKL menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 rotasi menu berkonsepkan juadah tradisi kampung dengan keunikan kepelbagaian citarasa Malaysia. Seleksi menu menampilkan ikan patin tempoyak; gulai udang; daging rendang minang; kambing goreng berempah; ketam masak kam heong; gulai kawah daging; lala & kerang masak sambal; kupang goreng lada hitam dan sotong sambal petai.
HARGA BUFFET RAMADAN 2025 LAMAN TRADISI WTCKL
Jika anda merancang untuk berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menawarkan pilihan pakej berbuka puasa korporat untuk dewan banquet. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system dan skrin LED. Harga bermula RM158 nett dengan minimum 200 pax.
Paling istimewa, WTCKL menyediakan kemudahan ruang solat yang besar dan selesa di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta Imam yang mengetuai solat Jemaah bagi waktu Maghrib, Isyak dan Tarawih. Sebagai kemudahan tambahan, caj tempat letak kereta semasa bulan Ramadan dikenakan pada kadar rata RM5 nett untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih lestari dengan 'Tiffin Carrier' WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala saiz besar berdimensi 16cm pada harga RM79. Setiap tahun WTCKL turut mempunyai edisi terhad yang juga bersaiz 12cm pada harga RM69 sahaja.
MENGENAI WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
Infrastruktur modennya termasuk dewan pameran yang luas, bilik persidangan yang serba guna serta pejabat yang mempunyai khidmat moden, memenuhi pelbagai keperluan perniagaan dan mendorong inovasi. Selain kemudahan fizikal, WTCKL menyediakan perkhidmatan perdagangan menyeluruh yang merangkumi perhubungan perniagaan dan acara rangkaian, semua bertujuan untuk meningkatkan hubungan perniagaan global dan memacu pertumbuhan ekonomi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldtradecenterkl.com.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.