Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah, seperti biasa kali ini aku akan kongsikan satu lagi lokasi berbuka puasa atau iftar yang menarik, di mana anda boleh bawa rakan-rakan mahupun keluarga berbuka puasa bersama. Lokasi kali ini adalah di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur.

BUFFET RAMADAN 2025 : SANTAI RAMADAN DI IBIS STYLES SRI DAMANSARA, KUALA LUMPUR

Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Ibis Styles Sri Damansara meraikan bulan Ramadan dengan mengdakan buffet Ramadan bertemakan “Santai Ramadan”. Terletak di lokasi strategik Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, hotel ini menyambut para tetamu ke sebuah malam yang penuh dengan hidangan tradisional Malaysia yang lazat, layanan mesra, dan suasana perayaan yang meriah. 

Bufet Ramadan ini akan tersedia dari 5 Mac 2025 hingga 26 Mac 2025 di Streats Café, yang terletak di Aras 2 hotel. Bufet akan berlangsung setiap hari dari 6:30 petang hingga 10:00 malam, mengajak para tetamu untuk menikmati pengalaman kulinari yang menampilkan lebih daripada 100 hidangan yang disediakan dengan teliti, mencerminkan kekayaan rasa warisan tradisional Malaysia. 

HIDANGAN BUFFET RAMADAN 2025 : SANTAI RAMADAN DI IBIS STYLE SRI DAMANSARA 

Para tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai pilihan pembuka selera yang menarik, termasuk Kerabu Kacang Botol, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga, Kerabu Daging Ala Thai, Acar Rampai, dan Acar Jelatah. Hidangan ini dilengkapi dengan tambahan perisa seperti Ikan Masin Bulu Ayam, Telur Masin, dan tiga jenis jeruk, bersama Rojak Buah yang menyegarkan. 

Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Untuk hidangan utama, para tetamu boleh menikmati pelbagai sajian lazat seperti Nasi Putih dan Nasi Minyak Kismis Manis, Ayam Bakar Percik Kelantan, Daging Masak Hitam, Kari Ikan Kepala dengan Bendi, Sambal Tumis Sotong Kembang, Gulai Lemak Nangka Padang, dan Kacang Panjang Tumis dengan Telur

Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Bagi menambahkan keunikan pengalaman bersantap, bufet ini turut menawarkan pelbagai hidangan sampingan istimewa seperti Sup Tulang Kambing Mamak dengan Roti Bangali, Bubur Lambuk Kampung Ibis, Satay Ayam & Satay Daging yang dihidangkan bersama Kuah Kacang, Timun, Bawang Merah, dan Nasi Himpit, Nyonya Kari Laksa dengan pelbagai pelengkap rasa. 

Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Tiada jamuan perayaan yang lengkap tanpa pilihan pencuci mulut yang memikat selera. Ibis Styles Sri Damansara menyajikan pelbagai pilihan yang menggoda seperti Bubur Kacang Hijau, Kuih-muih Nyonya, Aneka Kek, Puding Roti dengan Sos Vanilla, Sago Gula Melaka, Puding Buah-buahan dan Krim Karamel, Ais Kacang, Cendol, Buah Kurma, serta pelbagai pilihan ais krim untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa yang manis. 

MAJLIS ISTIMEWA BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH KASIH HARMONI 


Ibis Styles Sri Damansara turut berbesar hati menerima kehadiran anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dalam majlis pratonton Ramadan ini, menambah sentuhan kemesraan pada malam tersebut. Anak-anak ini menikmati pelbagai juadah dan pencuci mulut yang disediakan oleh barisan chef berbakat kami, sementara kehadiran mereka yang ceria membawa kegembiraan kepada para tetamu dan kakitangan hotel. Suasana penuh keceriaan dan gelak tawa menjadikan malam ini lebih bermakna bagi semua yang hadir. 

HARGA BUFFET RAMADAN 2025 : SANTAI RAMADAN DI IBIS STYLE SRI DAMANSARA 
Buffet Ramadan 2025 : Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara, Kuala Lumpur

Ibis Styles Sri Damansara turut menawarkan harga Early Bird untuk masa terhad: 
  • Dewasa: RM68 nett 
  • Kanak-kanak & Warga Emas: RM58 nett 
  • (Harga asal untuk dewasa: RM78 nett) 
Selain itu, hotel ini juga memperkenalkan Pakej Penginapan Ramadan pada RM180 nett, sah untuk penginapan dari 7 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025. Pakej ini merangkumi: 

  • Penginapan satu malam di Bilik Standard 
  • Sahur atau sarapan untuk dua orang 
  • Diskaun 10% untuk bufet berbuka puasa di Streats Café 

Ibis Styles Sri Damansara dengan penuh mesra mengundang semua untuk menyertai sambutan kulinari istimewa ini.  Dengan pilihan hidangan tradisional yang pelbagai, suasana yang mesra, dan layanan yang penuh perhatian, hotel ini menjanjikan pengalaman Ramadan yang tidak dapat dilupakan untuk semua. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi Ibis Styles Sri Damansara di +603-6287 0700.

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!