Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, bulan Ramadan semakin menghampiri bermakna tibalah masanya untuk aku kongsikan beberapa tempat menarik untuk berbuka puasa. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka puasa menarik terletak di bandaraya Shah Alam iaitu di restoran Sisik Medan Ikan Bakar.

BUFFET RAMADAN 2025 : SISIK ROYAL BUFFET DI SISIK MEDAN IKAN BAKAR, SHAH ALAM

Dengan lebih 150 juadah enak di lokasi atas bukit Kelab Shah Alam  Selangor, Seksyen 13, dan kedua-dua faktor ini menjadikan Restoran Sisik sebagai pilihan berbuka puasa yang tepat.

Untuk buffet ramadan kali ini, restoran Sisik membawakan Sisik Royal Buffet yang akan bermula 4 Mac hingga 29 Mac 2025, bermula jam 7 malam hingga 9.30 malam.

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Menurut Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, restoran ini mampu bertahan dan diikuti penggemar setia sejak beroperasi di Klang pada pada 2011 sebelum berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu membuktikan hidangan di Sisik menjadi pilihan ramai.
"Sisik sudah tahun kedua beroperasi di Kelab Shah Alam  Selangor dan ini kali pertama kami menawarkan pakej berbuka puasa kerana pada Ramadan 2023 kami hanya mengambil tempahan awal."

Lokasi di atas bukit serta banyak kemudahan dengan ruang yang selesa menjadi salah satu tarikan untuk tetamu datang ke sini. Restoran ini turut dilengkapi kawasan pakir luas, surau dan tandas. Selain itu, kapasiti ruang Sisik juga besar dengan kapasiti 400 pelanggan pada satu masa termasuk bilik berpenghawa dingin.

HIDANGAN BUFFET RAMADAN 2025 DI SISIK ROYAL BUFFET

Pada masa sama, Noralinda turut mengakui trademark Sisik sebagai penyaji ikan bakar popular diteruskan apabila tukang masak berpengalaman mengril semua makanan laut di depan pengunjung.

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Antaranya sotong dan udang segar bersama adunan sambal resipi turun temurun bahkan 'bintang' utama Sisik Royal Buffet iaitu Patin Tempoyak Air Bukit juga dijangka membuatkan pelanggan kembali ke Sisik buat kali kedua.

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Juadah istimewa lain ialah nasi kenduri diacu ayam merah dan jelatah selain lauk pauk Melayu bersama aneka sambal dan pilihan seafood goreng tepung selain seleksi mi termasuk laksa dan takoyaki.

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Kuih muih tradisi Melayu turut memenuhi meja manisan sebaris dengan pelbagai kek, dessert, bubur manis serta rojak buah.


HARGA BUFFET RAMADAN 2025 : SISIK ROYAL BUFFET

Menurut usahawan yang berpengalaman luas dalam bidang sajian makanan itu, biarpun hari pertama berjualan sekitar 13 tahun lalu hanya mengutip RM12 ringgit, dia tidak patah semangat. Kini, Noralinda berbesar hati apabila usaha berpasukan dengan seluruh kakitangan Sisik membuahkan hasil dengan purata jualan sehari sekitar RM30,000.

Buffet Ramadan 2025 : Sisik Royal Buffet di Sisik Medan Ikan Bakar, Shah Alam

Baiklah, berikut merupakan harga bagi Sisik Royal Buffet : -

Promosi Earlybird : RM89 tempahan sebelum 12 Februari 2025
Promosi : RM97 harga promosi tempahan sehingga sehari sebelum Ramadan

Dewasa : RM119
✅ Kanak - Kanak : RM69 

Untuk maklumat dan tempahan, anda boleh layari www.sisikmedanikanbakar.com atau WhatsApp +60 11-6181 1167 .


SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!