Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

Aidilfitri yang bakal menjelma pastinya menjanjikan kemeriahan bagi seluruh umat Islam. Pastinya begitu banyak promosi menarik dihidangkan kepada pembeli dengan produk-produk yang menarik pada harga yang berbaloi. Sebuah pusat beli belah terkemuka, Melawati Mall turut mengambil bahagian dalam kemeriahan yang bakal menjelma ini.

HARI RAYA LEBIH MERIAH DI MELAWATI MALL : 'SYAWAL MEMBAYU'!

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

Melawati Mall dengan bangganya mempersembahkan kempen Raya 2025 bertemakan 'Syawal Membayu', yang pastinya dinanti-nantikan oleh para pengunjung. Acara ini bukan sahaja menampilkan pertunjukan fesyen yang memukau, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti budaya dan hiburan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.

Tahun ini, Melawati Mall mengangkat tema nostalgia dengan menggambarkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang menampilkan konsep moden, kali ini dekorasi dan program acara diinspirasikan oleh keindahan perkampungan nelayan yang kaya dengan tradisi dan warisan budaya.

PILIHAN FESYEN & AKTIVITI MENARIK

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

Melawati Mall menawarkan pelbagai koleksi Raya terkini daripada jenama seperti VARIANTE, HLA, Raea, Lee, Fana Couture, Omar Ali, dan banyak lagi. Dari pakaian moden hingga busana tradisional, para pengunjung boleh mendapatkan pilihan fesyen dan aksesori yang sesuai untuk seisi keluarga.

Selain membawakan koleksi fesyen terkini, Melawati Mall juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini, antaranya :
  • ✅Persembahan Akordion & Muzik Multikultural - Hiburan istimewa yang membangkitkan suasana meriah.
  • ✅Tarian Tradisional & Demonstrasi Silat - Menghidupkan kembali seni budaya warisan bangsa.
  • ✅Bengkel Seni Kanak-Kanak - Aktiviti interaktif untuk si kecil menonjolkan kreativiti mereka.

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

KOLABORASI EKSKLUSIF MELAWATI MALL X VARIANTE

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

VARIANTE, yang diasaskan oleh Leslie Variyan, berkomitmen untuk menyediakan fesyen modest siap pakai yang menggabungkan keselesaan, keanggunan, dan keserbagunaan. Direka untuk pelbagai acara - sama ada di pejabat majlis rasmi, atau masa lapang - setiap koleksi kami memberi inspirasi kepada wanita untuk tampil bergaya dan penuh keyakinan.

Tahun ini, sempena Raya, VARIANTE berbangga untuk berkolaborasi dengan Melawati Mall, mempersembahkan koleksi yang mengangkat seni warisan dengan sentuhan moden dan elegan. Siluet mengalir, perincian halus, serta pilihan fabrik premium mencipta rekaan yang abadi, seimbang antara tradisi dan fesyen kontemporari.

Dapatkan koleksi VARIANTE di Melawati Mall dan nikmati hadiah istimewa sempena Raya:
  • Pembelian sebarang - Sampul Raya
  • Belanja RM500 - Tudung + Sampul Raya
  • Belanja RM1,000 - Beg Tangan + Sampul Raya
Raikan kemeriahan Raya dengan VARIANTE! Promosi sah selagi stok masih ada. 


PENGALAMAN BERBUKA PUASA YANG ISTIMEWA

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

Bagi pengunjung yang ingin menikmati juadah berbuka puasa, Melawati Mall menawarkan pelbagai pilihan restoran seperti US Pizza, Boat Noodles, Tony Roma's, Manhattan Fish Market, Sopoong, Richeese Factory dan banyak lagi. Nikmati hidangan lazat dalam suasana yang nyaman dan penuh keceriaan.

GANJARAN ISTIMEWA & CABUTAN BERTUAH

Sepanjang kempen ini, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa barang kemas eksklusif!

Untuk melayakkan diri, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan Raya eksklusif di kaunter informasi. Pemenang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Melawati Mall. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

DEKORASI BERTEMAKAN NOSTALGIA KAMPUNG

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

Menghidupkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya, Melawati Mall menampilkan dekorasi yang diinspirasikan oleh keindahan suasana perkampungan nelayan, lengkap dengan elemen rumah tradisional dan hiasan bertemakan warisan Melayu. Suasana ini diharap dapat membangkitkan kenangan indah balik kampung untuk menyambut Syawal.

KOMITMEN SOSIAL MELAWATI MALL

Hari Raya Lebih Meriah di Melawati Mall : 'Syawal Membayu'!

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Melawati Mall akan bekerjasama dengan masjid berdekatan untuk membuka kaunter Zakat Fitrah, memudahkan para pengunjung menunaikan kewajipan zakat sebelum menyambut Hari Raya.

Melawati Mall komited untuk terus menjadi destinasi beli-belah utama bagi seisi keluarga dengan memperkenalkan lebih banyak acara bertemakan perayaan di masa hadapan, selaras dengan maklum balas dan keperluan pengunjung. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen 'Syawal Membayu' dan rasi sendiri pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna serta menyeronokkan di Melawati Mall. Gunakan tanda pagar berikut untuk berkongsi kemeriahan sambutan Raya bersama kami!

#mmsyawalmembayu #mmraya2025 #heartofmelawati #melawatimall

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Melawati MAll
https://www.melawatimall.com/ atau ikuti mereka di Facebook https://www.facebook.com/MelawatiMallOfficial

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!