Assalamualaikum dan salam sejahtera
Captain America: Brave New World (2025) merupakan filem adiwira berdasarkan Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini merupakan filem ke-4 bagi siri filem Captain America, merupakan kesinambungan bagi siri The Falcon and the Winter Soldier (2021) dan merupakan filem ke -35 secara keseluruhan bagi Marvel Cinematic Universe (MCU).
Filem ini diarahkan oleh Julius Onah daripada lakon layar oleh Rob Edwards dan pasukan penulis Malcolm Spellman, Dalan Musson, Onah dan Peter Glanz.
CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD
Lakonlayar : Rob Edwards, Malcolm Spellman, Dalan Musson, Julius Onah, Peter Glanz
Cerita : Rob Edwards, Malcolm Spellman, Dalan Musson
Penerbit : Kevin Feige, Nate Moore
Sinematografi : Kramer Morgenthau
Edit : Matthew Schmidt, Madeleine Gavin
Muzik : Laura Karpman
Tarikh Tayangan : 14 Februari 2025
Durasi : 118 minit
BARISAN PELAKON FILEM CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD (2025)
- Anthony Mackie sebagai Sam Wilson / Captain America
- Danny Ramirez sebagai Joaquin Torres / Falcon
- Shira Haas sebagai Ruth Bat-Seraph
- Carl Lumbly sebagai Isaiah Bradley
- Xosha Roquemore sebagai Leila Taylor
- Giancarlo Esposito sebagai Seth Voelker / Sidewinder
- Liv Tyler sebagai Betty Ross
- Tim Blake Nelson sebagai Samuel Sterns
- Harrison Ford sebagai Thaddeus Ross / Red Hulk
- Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes
- Jóhannes Haukur Jóhannesson sebagai Copperhead
- William Mark McCullough sebagai Dennis Dunphy
- Takehiro Hira sebagai Perdana Menteri Jepun Ozaki
SINOPSIS FILEM CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD (2025)
Ketika menyiasat insiden itu, Wilson diserang hendap oleh Sidewinder tetapi berjaya menangkapnya. Torres menjejaki panggilan pada telefon Sidewinder yang membawa mereka ke sebuah tapak rahsia di West Virginia yang dikenali sebagai Camp Echo One. Ross cuba menyelamatkan perjanjian tersebut, tetapi kerajaan Jepun menyalahkannya atas kecurian adamantium dan serangan di White House. Ross menyedari bahawa dalang di sebalik semua ini ialah Dr. Samuel Sterns, yang memperoleh kecerdasan luar biasa selepas terdedah kepada darah Bruce Banner semasa serangan Abomination di Harlem. Ross telah memenjarakan Sterns di Camp Echo One, menyalahkannya secara terbuka atas tindakan Abomination, dan berjanji akan membebaskannya jika Sterns membantunya mencapai jawatan presiden. Wilson dan Torres menemui Sterns dan mengetahui bagaimana dia menggunakan teknologi serta lagu *"Mr. Blue"* untuk mengawal minda. Dia berjaya melarikan diri semasa mereka bertarung dengan askar yang dikawal minda.
Bat-Seraph menyiasat Camp Echo One dan membantu Wilson serta Torres. Mereka bertemu dengan rakan tentera Wilson, Dennis Dunphy, yang telah menahan Sidewinder. Wilson memperoleh maklumat daripada Sidewinder dan menyedari bahawa rancangan Sterns adalah untuk menghancurkan reputasi Ross. Wilson, Torres, dan Bat-Seraph pergi ke Pulau Celestial, di mana Ross dan Perdana Menteri Jepun berlumba-lumba untuk menuntut pemilikan adamantium. Sterns mengawal minda dua juruterbang Amerika untuk menyerang armada Jepun. Wilson dan Torres berjaya memintas pesawat itu dan meyakinkan pihak Jepun untuk menarik diri. Torres mengalami kecederaan parah dalam pertempuran tersebut. Ross kemudian memberitahu Wilson bahawa dia menghidap kegagalan jantung dan Sterns telah membangunkan pil yang memanjangkan hayatnya. Namun, Ross enggan membebaskan Sterns kerana bimbang dia tidak akan lagi menghasilkan pil tersebut, menyebabkan kemarahan Sterns dan rancangan balas dendamnya.
ULASAN FILEM CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku gigihkan diri untuk menulis artikel ini dan menyiapkannya. Sebenarnya hampir seminggu lebih artikel ini terbengkalai. Bukanlah sengaja, tetapi disebabkan aku mempunyai urusan lain yang agak penting.
PLOT bagi filem ini bagi aku merupakan jalan cerita yang sebenarnya mudah difahami. Mungkin ada yang akan mengatakan perlu menonton beberapa filem terdahulu, perlu buat 'homeworks' dan sebagainya. Tapi bagi aku sendiri yang sebenarnya tidak pernah menonton filem The Incredible Hulk (2008), aku masih lagi memahami beberapa plot kecil yang merupakan kesinambungan dari filem itu.
LAKONAN sudah semestinya pujian diberikan kepada Harrison Ford yang berjaya membawakan wataknya dengan cukup baik. Siapa yang tak teruja melihat HULK berwarna merah? Walaupun beliau bukanlah pelakon asal bagi watak Thaddeus Ross, tapi beliau berjaya membawa watak dengan baik sekali.
CGI bagi filem ini, seperti biasa, ada beberapa babak yang kelihatan cacat, mungkin kerana agak sukar untuk mencipta babak tersebut melalui komputer dan sebagainya, tetapi pujian diberikan ketika babak di Celestial Island, mereka terbang dengan begitu cantik dan setiap babak sangat menarik ditonton. Selain itu, watak Red Hulk juga dihasilkan dengan begitu baik, persis Hulk dalam filem Avengers terdahulu.
Secara keseluruhannya, filem ini merupakan sebuah filem pembukaan tahun 2025 yang baik. Plot yang mantap, ramai yang ternanti-nantikan kesinambungan siri Falcon and the Winter Solder (2021) dan aku yakin ramai yang puas hati. Tak sabar menantikan apakah seterusnya yang akan ditawarkan selepas ini. Untuk itu, aku berikan filem ini :-
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
RUJUKAN :
- Google Image
- Marvel Studios
- Wikipedia
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.