Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Captain America: Brave New World (2025) merupakan filem adiwira berdasarkan Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini merupakan filem ke-4 bagi siri filem Captain America, merupakan kesinambungan bagi siri The Falcon and the Winter Soldier (2021) dan merupakan filem ke -35 secara keseluruhan bagi Marvel Cinematic Universe (MCU). 

Filem ini diarahkan oleh Julius Onah daripada lakon layar oleh Rob Edwards dan pasukan penulis Malcolm Spellman, Dalan Musson, Onah dan Peter Glanz. 

CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Pengarah : Julius Onah
Lakonlayar : Rob Edwards, Malcolm Spellman, Dalan Musson, Julius Onah, Peter Glanz
Cerita : Rob Edwards, Malcolm Spellman, Dalan Musson
Penerbit : Kevin Feige, Nate Moore
Sinematografi : Kramer Morgenthau
Edit : Matthew Schmidt, Madeleine Gavin
Muzik : Laura Karpman
Tarikh Tayangan : 14 Februari 2025
Durasi : 118 minit

BARISAN PELAKON FILEM CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD (2025)

  • Anthony Mackie sebagai Sam Wilson / Captain America
  • Danny Ramirez sebagai Joaquin Torres / Falcon
  • Shira Haas sebagai Ruth Bat-Seraph
  • Carl Lumbly sebagai Isaiah Bradley
  • Xosha Roquemore sebagai Leila Taylor
  • Giancarlo Esposito sebagai Seth Voelker / Sidewinder
  • Liv Tyler sebagai Betty Ross
  • Tim Blake Nelson sebagai Samuel Sterns
  • Harrison Ford sebagai Thaddeus Ross / Red Hulk
  • Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes
  • Jóhannes Haukur Jóhannesson sebagai Copperhead
  • William Mark McCullough sebagai Dennis Dunphy
  • Takehiro Hira sebagai Perdana Menteri Jepun Ozaki


SINOPSIS FILEM CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD (2025)


Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Lima bulan selepas Thaddeus Ross dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, dia menghantar Sam Wilson dan Joaquin Torres—masing-masing sebagai Captain America dan Falcon yang baharu—ke Oaxaca, Mexico, untuk menghentikan penjualan haram barangan sulit yang dicuri oleh Serpent Society, sebuah pasukan operasi khas pemberontak yang diketuai oleh Sidewinder. Mereka berjaya mendapatkan semula barang-barang tersebut, tetapi Sidewinder melarikan diri. Torres teruja untuk mengambil alih peranan lama Wilson, tetapi Wilson ragu-ragu untuk melibatkannya dalam misi berbahaya kerana mereka berdua tidak mempunyai kuasa luar biasa seperti Captain America sebelum ini, Steve Rogers. Selepas misi itu, Wilson dan Torres menjalani latihan bersama Isaiah Bradley, seorang askar super yang pernah dipenjarakan dan dijadikan bahan eksperimen oleh kerajaan A.S.

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Ross menjemput Wilson dan Torres ke sebuah sidang kemuncak bersama pemimpin dunia di White House, dan Wilson bersetuju dengan syarat Bradley turut dijemput. Ross meminta Wilson membantunya membentuk semula pasukan Avengers. Semasa sidang kemuncak itu, Ross menjelaskan bahawa satu logam baharu, adamantium, telah ditemui di "Pulau Celestial", yang terbentuk apabila Celestial Tiamut muncul di Lautan Hindi. Barang yang dipulihkan sebelum ini merupakan sampel pertama logam itu yang telah diperhalusi dan dicuri daripada operasi perlombongan Jepun. Bagi mengelakkan perlumbaan senjata, Ross mencadangkan satu perjanjian untuk mengawal perlombongan dan pengagihan adamantium. Ketika dia sedang bercakap, lagu *"Mr. Blue"* dimainkan dan menyebabkan beberapa lelaki, termasuk Bradley, tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah Ross dan pemimpin lain. Mereka ditahan oleh ketua keselamatan Ross, bekas Black Widow, Ruth Bat-Seraph. Selepas tersedar, para penyerang itu mendakwa mereka tidak ingat apa-apa tentang serangan tersebut.

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Ketika menyiasat insiden itu, Wilson diserang hendap oleh Sidewinder tetapi berjaya menangkapnya. Torres menjejaki panggilan pada telefon Sidewinder yang membawa mereka ke sebuah tapak rahsia di West Virginia yang dikenali sebagai Camp Echo One. Ross cuba menyelamatkan perjanjian tersebut, tetapi kerajaan Jepun menyalahkannya atas kecurian adamantium dan serangan di White House. Ross menyedari bahawa dalang di sebalik semua ini ialah Dr. Samuel Sterns, yang memperoleh kecerdasan luar biasa selepas terdedah kepada darah Bruce Banner semasa serangan Abomination di Harlem. Ross telah memenjarakan Sterns di Camp Echo One, menyalahkannya secara terbuka atas tindakan Abomination, dan berjanji akan membebaskannya jika Sterns membantunya mencapai jawatan presiden. Wilson dan Torres menemui Sterns dan mengetahui bagaimana dia menggunakan teknologi serta lagu *"Mr. Blue"* untuk mengawal minda. Dia berjaya melarikan diri semasa mereka bertarung dengan askar yang dikawal minda.

Bat-Seraph menyiasat Camp Echo One dan membantu Wilson serta Torres. Mereka bertemu dengan rakan tentera Wilson, Dennis Dunphy, yang telah menahan Sidewinder. Wilson memperoleh maklumat daripada Sidewinder dan menyedari bahawa rancangan Sterns adalah untuk menghancurkan reputasi Ross. Wilson, Torres, dan Bat-Seraph pergi ke Pulau Celestial, di mana Ross dan Perdana Menteri Jepun berlumba-lumba untuk menuntut pemilikan adamantium. Sterns mengawal minda dua juruterbang Amerika untuk menyerang armada Jepun. Wilson dan Torres berjaya memintas pesawat itu dan meyakinkan pihak Jepun untuk menarik diri. Torres mengalami kecederaan parah dalam pertempuran tersebut. Ross kemudian memberitahu Wilson bahawa dia menghidap kegagalan jantung dan Sterns telah membangunkan pil yang memanjangkan hayatnya. Namun, Ross enggan membebaskan Sterns kerana bimbang dia tidak akan lagi menghasilkan pil tersebut, menyebabkan kemarahan Sterns dan rancangan balas dendamnya.

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Wilson mendapat sokongan moral daripada rakannya, Bucky Barnes. Sterns membunuh Dunphy, yang telah menemui bahawa pil tersebut sebenarnya menambah radiasi gamma ke dalam tubuh Ross, sebelum menyerah diri kepada Wilson. Penangkapan Sterns serta kaitannya dengan Ross didedahkan kepada umum semasa sidang media Ross. Akibat kehilangan kawalan emosi, Ross berubah menjadi Red Hulk dan merosakkan sebahagian White House. Wilson cuba menenangkan Ross dengan mengingatkannya tentang lawatan mereka ke pokok sakura di Washington, D.C. bersama anak perempuannya, Betty, yang telah lama terpisah darinya. Mereka bertarung sehingga keletihan, dan akhirnya Ross kembali ke bentuk asalnya. 

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Kemudian, Bradley dibebaskan daripada segala tuduhan, Wilson mengajak Torres yang sedang pulih untuk menyertai Avengers, dan perjanjian antarabangsa mengenai adamantium diratifikasi. Ross meletak jawatan dan menyerahkan dirinya untuk dipenjarakan di The Raft, di mana Wilson dan Betty melawatnya. Dalam adegan pasca-kredit, Sterns yang kini dipenjarakan memberi amaran kepada Wilson tentang serangan yang bakal datang dari dunia lain.


ULASAN FILEM CAPTAIN AMERICA : BRAVE NEW WORLD


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku gigihkan diri untuk menulis artikel ini dan menyiapkannya. Sebenarnya hampir seminggu lebih artikel ini terbengkalai. Bukanlah sengaja, tetapi disebabkan aku mempunyai urusan lain yang agak penting.

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Baiklah, filem Captain America : Brave New World (2025) ini merupakan antara salah satu filem yang aku menanti-nantikan tayangannya. Sebagai salah seorang peminat filem-filem Marvel, aku pastinya akn menonton filem atau siri TVnya seawal yang mungkin. Maksud aku macam sejurus selepas ditayangkan, sebab aku tak nak melihat spoiler dan sebagainya yang keluar di media sosial. Baiklah, tanpa melengahkan masa, terimalah ulasan aku yang tak seberapa tentang filem ini.


PLOT bagi filem ini bagi aku merupakan jalan cerita yang sebenarnya mudah difahami. Mungkin ada yang akan mengatakan perlu menonton beberapa filem terdahulu, perlu buat 'homeworks' dan sebagainya. Tapi bagi aku sendiri yang sebenarnya tidak pernah menonton filem The Incredible Hulk (2008), aku masih lagi memahami beberapa plot kecil yang merupakan kesinambungan dari filem itu. 

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Filem ini sebenarnya meletakkan tanggungjawab yang besar buat Sam Wilson untuk menggalas tugas sebagai Captain America. Aku juga cukup teruja melihat bagaimana akhirnya Celestial Island dibawa dalam filem ini, juga elemen baru diperkenalkan iaitu Adamantium. Filem ini bagi aku tidaklah sebaik filem Captain America : Winter Soldier (2014), tetapi elemen-elemen dari filem itu dapat dilihat dalam filem ini dan digarap dengan baik.

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

LAKONAN sudah semestinya pujian diberikan kepada Harrison Ford yang berjaya membawakan wataknya dengan cukup baik. Siapa yang tak teruja melihat HULK berwarna merah? Walaupun beliau bukanlah pelakon asal bagi watak Thaddeus Ross, tapi beliau berjaya membawa watak dengan baik sekali.

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Anthony Mackie sebagai teraju utama filem ini juga seperti biasa memberikan lakonan yang terbaik, serius dan sebagainya. Emosi yang ditonjolkan dapat dirasai terutamanya ketika di hospital. Walaupun aku rasa ramai tahu bahawa beliau merupakan seorang penghibur yang penuh dengan jenaka sekiranya diluar lakonan.

CGI bagi filem ini, seperti biasa, ada beberapa babak yang kelihatan cacat, mungkin kerana agak sukar untuk mencipta babak tersebut melalui komputer dan sebagainya, tetapi pujian diberikan ketika babak di Celestial Island, mereka terbang dengan begitu cantik dan setiap babak sangat menarik ditonton. Selain itu, watak Red Hulk juga dihasilkan dengan begitu baik, persis Hulk dalam filem Avengers terdahulu.

Review Filem : Captain America : Brave New World (2025)

Walaupun mungkin ramai yang ada isu berkenaan salah satu watak wanita dalam filem ini, bagi aku sebenarnya watak itu boleh sahaja dibuang, dan digantikan sahaja dengan watak yang lain. Maksudnya disini, plot tidak berubah apa pun sekiranya watak itu tiada. Cuma kalau aku lihat watak tersebut di filem lain, seperti biasa, aku tak akan ulas tentangnya.

Secara keseluruhannya, filem ini merupakan sebuah filem pembukaan tahun 2025 yang baik. Plot yang mantap, ramai yang ternanti-nantikan kesinambungan siri Falcon and the Winter Solder (2021) dan aku yakin ramai yang puas hati. Tak sabar menantikan apakah seterusnya yang akan ditawarkan selepas ini. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

RUJUKAN :
  • Google Image
  • Marvel Studios
  • Wikipedia

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!